Tanda-Tanda Kena Sihir, Gangguan Jin, Saka & Santau
Adakah anda mengalami simptom-simptom berikut? Ketahui jenis gangguan anda sekarang.
Tanda-tanda kena sihir, gangguan jin, kerasukan, saka dan santau sering disalah faham sebagai penyakit biasa. Ramai pesakit pergi ke hospital berkali-kali — tiada penyakit perubatan yang dapat dikesan — sedangkan mereka sebenarnya memerlukan rawatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
Jika anda mengesyaki mengalami gejala sihir Islam atau gangguan rohani, baca setiap kategori dengan teliti. Pilih jenis gangguan yang paling hampir dengan simptom anda untuk melihat senarai tanda-tanda secara terperinci.
Kenali Tanda-Tanda Kena Sihir dan Jenis Gangguan Rohani
Pilih kategori gangguan di bawah untuk melihat senarai simptom dan cara tahu kena sihir, saka, santau atau gangguan jin secara terperinci.
Pilih Jenis Gangguan
Tanda Gangguan Jin
Kategori gangguan yang paling ringan — tetapi tidak boleh diabaikan.
Simptom-Simptom Gangguan Jin
Mengapa Berlaku?
Ini merupakan kategori gangguan yang paling 'ringan'. Yang paling kerap mengalaminya adalah mereka yang disukai oleh jin. Jin juga mempunyai perasaan seperti manusia — seperti suka, sayang, cinta, kasih, marah, benci dan sebagainya.
Contohnya jika jin itu telah terpaut hatinya pada seseorang, maka tidak mustahil jin itu akan datang dan memeluk orang itu. Bayangkan anda memikul beban yang berat setiap hari — pasti tengkuk dan bahu anda akan berasa sakit.
⚠️ Jika tidak diubati: Sakit badan tidak akan hilang selagi jin itu masih ada. Lama-kelamaan, keadaan boleh merebak kepada kerasukan.
Anda mengalami tanda-tanda gangguan jin? Dapatkan scan dan rawatan awal di Pusat Rawatan Al-Isyraq.
Hubungi Kami — 010-2014004Tanda-Tanda Kerasukan
Jenis gangguan yang paling mudah dikenal pasti kerana perubahannya yang drastik.
Simptom-Simptom Kerasukan Jin
Mengapa Berlaku?
Kerasukan berlaku apabila jin mengambil alih tubuh badan manusia. Kebiasaanya berlaku kepada mereka yang lemah semangat atau suka menonton cerita-cerita hantu.
Seseorang yang lemah lembut tiba-tiba bertukar watak dan mempunyai kekuatan yang luar biasa pastinya menimbulkan tanda tanya. Ini adalah antara tanda-tanda paling jelas bagi kerasukan jin.
Jenis-Jenis Kerasukan
Kerasukan 100% berlaku apabila jin mengambil alih tubuh badan seseorang itu secara total. Orang itu akan bertindak secara luar biasa — boleh menjerit dan mengilai, boleh berlawan dengan 4–6 orang dewasa sekaligus dengan kekuatan badan yang mengejutkan.
Kebiasaanya pesakit tidak mempunyai sebarang memori tentang apa yang dilakukannya. Setelah jin itu keluar daripada badannya, pesakit seolah-olah baru terjaga — akan merasa hairan dan pelik dengan situasi yang berlaku.
"Ada masanya ok, ada masanya tidak" — itulah gambaran paling tepat bagi situasi ini. Pesakit dalam keadaan separa sedar, di mana dia masih lagi waras, tetapi tidak dapat mengawal dirinya daripada bertindak.
Seolah-olah tangannya bergerak sendiri. Hatinya berkata jangan, namun perbuatannya tidak boleh dikawal. Keadaan ini sering disalah faham sebagai masalah mental atau psikologi semata-mata.
⚠️ Jika tidak diubati: Boleh membawa kepada kesan psikologi yang lebih buruk seperti anxiety dan kemurungan (depresi) yang kronik.
Anda atau ahli keluarga menunjukkan tanda-tanda kerasukan? Hubungi kami segera untuk rawatan ruqyah yang selamat.
Hubungi Kami — 010-2014004Tanda-Tanda Terkena Sihir
Kenali tanda tanda kena sihir sebelum keadaan bertambah serius.
Simptom-Simptom Sihir
Apa Itu Sihir?
Sihir adalah perbuatan yang melibatkan bantuan jin atau syaitan untuk memudaratkan seseorang. Ia boleh menyebabkan kerosakan dalam kehidupan, pekerjaan, perkahwinan, dan kesihatan mental mangsa.
Yang merbahaya, sihir sering tidak dapat dikesan oleh perubatan moden kerana ia adalah penyakit rohani — bukan fizikal. Ramai pesakit menghabiskan ribuan ringgit di hospital tanpa hasil, sedangkan punca sebenar adalah sihir yang perlu dirawat secara Islam.
Simptom-simptom sihir berbeza dengan gangguan biasa. Jika anda mengesyaki kena sihir, dapatkan scan rohani di Al-Isyraq.
Hubungi Kami — 010-2014004Tanda-Tanda Saka
Simptom saka yang diwarisi daripada nenek moyang tanpa disedari.
Simptom-Simptom Saka
Apa Itu Saka?
Saka merupakan khadam jin yang telah diturunkan daripada nenek moyang terdahulu. Kebanyakan saka tidak menzalimi tuannya — melainkan jika perjanjian terdahulu tidak diikuti oleh tuan barunya.
Walau bagaimanapun, ini merupakan perkara khurafat yang perlu ditegah dan bercanggah dengan akidah Islam. Jika terdapat saka dalam keluarga anda, ia perlu dibuang melalui rawatan Islam yang betul.
Saka perlu dibuang melalui rawatan Islam yang betul. Jangan biarkan perkara khurafat ini terus dalam keluarga anda.
Hubungi Kami — 010-2014004Tanda-Tanda Terkena Santau
80% pesakit kami adalah mangsa santau — dalam keadaan mereka tidak sedar.
Simptom-Simptom Santau
Mengapa Santau Paling Sukar Dirawat?
Santau adalah istilah Melayu untuk sihir yang dihantar melalui perantaraan jin, bomoh atau dukun. Berbeza dengan sihir atau gangguan biasa, santau boleh memudaratkan pesakit sehingga menyebabkan penyakit fizikal seperti kanser, gastrik, gelisah, kemurungan dan sebagainya.
Jin Santau mempunyai bala tenteranya yang tersendiri. Apabila di-'scan' oleh perawat biasa, ia akan kelihatan seperti sihir jin biasa — dan itulah sebabnya pesakit tidak sembuh-sembuh walaupun sudah ke banyak tempat rawatan.
Kebanyakan pesakit santau yang telah mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam lain dan menghabiskan wang berpuluh ribu ringgit tidak pulih kerana tidak semua perawat mampu melawan kekuatan Jin Santau.
Kenapa Ramai Terkena Santau Walaupun Tiada Musuh?
Jika tiada pelanggan yang meminta perkhidmatan, Bomoh Santau masih perlu melepaskan Jin Santau setiap 6 bulan bagi memastikan Jin Santau mendapat makanan yang secukupnya. Kerana itulah masih ramai yang terkena santau walaupun tidak mempunyai musuh yang diketahui.
Isteri sakit tetapi tidak percaya? Suami ada tanda-tanda gangguan tapi sibuk bekerja? Nak booking kena tunggu berminggu-minggu? Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi.
Dapatkan Rawatan SekarangApakah Beza Sihir, Saka & Santau?
Ramai yang keliru tentang perbezaan ketiga-tiga jenis gangguan ini. Baca penjelasan ringkas di bawah.
Sihir adalah amalan yang melibatkan bantuan syaitan atau jin untuk memudaratkan seseorang. Ia boleh mempengaruhi minda, emosi, hubungan, pekerjaan dan kesihatan mangsa. Sihir boleh dihantar oleh sesiapa sahaja yang mempunyai niat jahat dan menggunakan khidmat dukun atau bomoh.
Sihir perlu dibuang melalui rawatan ruqyah syariah yang betul berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.
Saka merupakan khadam jin yang telah diturunkan daripada nenek moyang kita terdahulu. Kebanyakan saka tidak menzalimi tuannya — melainkan jika perjanjian terdahulu tidak diikuti oleh tuan barunya.
Namun ini merupakan perkara khurafat yang perlu ditegah dan bercanggah dengan Islam. Kehadiran saka dalam keluarga boleh menyebabkan pelbagai masalah rohani yang tidak disedari.
Santau merupakan istilah bangsa Melayu untuk sihir yang dihantar daripada seseorang melalui perantaraan jin, bomoh dan dukun. Berbeza dengan sihir atau gangguan biasa, santau boleh memudaratkan pesakit sehingga menyebabkan penyakit fizikal seperti kanser, gastrik, gelisah, kemurungan dan sebagainya.
Selain kekuatan dan kelicikannya, Jin Santau juga mempunyai bala tenteranya yang tersendiri daripada golongan jin. Bala tentera inilah yang biasanya membuat kerja bagi pihak Jin Santau. Apabila di-'scan' oleh perawat biasa, ia akan kelihatan seperti sihir jin biasa — dan inilah sebabnya pesakit tidak sembuh-sembuh.
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِۗ وَمَنْ يَّتَّبِعْ خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ فَاِنَّهٗ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاۤءِ وَالْمُنْكَرِۗ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar."
Surah An-Nur: Ayat 21
Bacaan Lanjut
Perkhidmatan Rawatan
Lihat senarai lengkap perkhidmatan ruqyah, scan, pagar rumah dan benteng diri di Al-Isyraq.
Rawatan Sihir Ampang
Ketahui lebih lanjut tentang rawatan sihir berdasarkan Al-Quran & Sunnah tanpa bantuan jin.
Ilmu Benteng Diri
Pelajari cara melindungi diri dan keluarga daripada gangguan rohani secara Islam.
Kesembuhan Anda, Impian Kami
Jika anda mengalami tanda-tanda kena sihir, gangguan jin, saka atau santau — jangan tangguh. Isteri sakit tetapi tidak percaya? Suami ada tanda-tanda gangguan tapi sibuk bekerja? Nak booking slot rawatan kena tunggu berminggu-minggu? Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi. Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq menawarkan segala jenis perkhidmatan rawatan gangguan jin, sihir, saka dan santau.
