Ilmu Perubatan Islam & Benteng Diri | Al-Isyraq Ampang KL

Ilmu Perubatan Islam & Benteng Diri

Kesembuhan Anda, Impian Kami

Ilmu Perubatan Islam

Ilmu Perubatan Islam adalah keperluan asas bagi semua manusia bagi melindungi diri daripada gangguan jin serta perasaan hasad, dengki & khianat makhluk lain. Bagi seorang suami, isteri dan anak-anaknya adalah tanggungjawab dirinya. Sang suami perlu ada ilmu tentang perubatan kerana dia perlulah menjaga amanah Allah (isteri dan anak-anaknya). Bagi seorang majikan, dia perlu menjaga perniagaannya agar dapat memajukan ekonomi umat Islam.

Walaubagaimanapun, segala ilmu yang dituntut, terutamanya yang melibatkan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia normal, perlulah berlandaskan Al-Quran & Sunnah, tidak melibatkan sebarang mantera atau jampi serapah dalam bahasa yang tidak diketahui. Ilmu Rawatan Islam perlu dituntut daripada guru mursyid yang telah mendapat tauliah daripada gurunya.

"Sesungguhnya ilmu berada di dada-dada guru, kemudian dipindahkan ilmu tersebut ke dalam kitab. Kunci bagi ilmu tersebut tetap berada di tangan guru."
— Imam Al-Syatibi

Mereka yang tidak mempelajari tentang ilmu tersebut, tidak boleh dipanggil sebagai ahli di dalam bidang itu. Contohnya jika mahu menjadi seorang doktor, haruslah menjalani kelas & praktikal yang sesuai, kemudian menghadapi peperiksaan sebelum ditauliahkan sebagai doktor. Sama juga di dalam bidang perubatan Islam.

Bagaimana pula jika perawat itu memang dilahirkan dengan bakat & kebolehan seperti melihat alam jin? Tiada yang mustahil di sisi Allah. Jika Allah berkehendak, tiada satu pun yang dapat menghalangnya. Namun, sebagai manusia biasa, kita haruslah mencari jalan yang sesuai dengan diri kita dan seiring dengan syariah Islam.

Ilmu yang diamalkan oleh perawat-perawat di Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq adalah bersumberkan daripada Al-Quran & Sunnah, serta petua yang diperolehi daripada guru-guru yang masyhur di dalam bidang ini, seperti Almarhum Tuan Guru Haji Harun Din (Pengasas Darussyifa') & Ustaz Abdul Mutalib (Penaung Al-Isyraq).

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."
— Rasulullah SAW (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kaedah Rawatan

اِنَّ هٰذَا الْقُرْاٰنَ يَهْدِيْ لِلَّتِيْ هِيَ اَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِيْنَ الَّذِيْنَ يَعْمَلُوْنَ الصّٰلِحٰتِ اَنَّ لَهُمْ اَجْرًا كَبِيْرًاۙ

"Sungguh, Al-Quran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan, bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar."

Surah Al-Isra' Ayat 9

Kaedah Ruqyah

  1. 1 Surah Al-Fatihah
  2. 2 Surah Al-Ikhlas
  3. 3 Surah Al-Falaq
  4. 4 Surah An-Nas
  5. 5 Surah Al-Hashr
  6. 6 Bismillah Tujuh
  7. 7 Selawat Tafrijiyyah
  8. 8 Selawat Syifa'

Kaedah Lain

  1. 1 Bacaan Yasin
  2. 2 Solat Hajat
  3. 3 Air Limau
  4. 4 Air Kelapa
  5. 5 Muntah (Cuci Dalaman)
  6. 6 Ilmu Benteng Diri berdasarkan rahsia-rahsia kekuatan insan

فَاِذَا سَوَّيْتُهٗ وَنَفَخْتُ فِيْهِ مِنْ رُّوْحِيْ فَقَعُوْا لَهٗ سٰجِدِيْنَ

"Maka apabila Aku telah menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud."

Surah Al-Hijr Ayat 29

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq tidak melibatkan penggunaan sebarang jenis khadam atau pengantaraan.

Perawat-perawat kami telah dilatih supaya tidak melibatkan sebarang sentuhan terhadap pesakit melainkan jika dalam keadaan kerasukan yang keterlaluan.


Ilmu Benteng Diri

Ilmu Benteng Diri merupakan ilmu yang perlu dipelajari bagi menyediakan diri daripada menghadapi segala ancaman kezaliman, samada yang nyata ataupun yang ghaib. Adapun begitu banyaknya cerita tentang kehebatan pejuang-pejuang tanah air ketika menentang ancaman British, namun kesemuanya kini telah dilupakan dan dianggap dongeng oleh masyarakat Melayu kita.

Adakah ilmu-ilmu sebegini cuma sekadar rekaan dan cerita nenek moyang kita dahulu? Benarkah ilmu-ilmu sebegini telah terkeluar daripada landasan agama & akidah?

Jangan kita lupa, tokoh-tokoh pejuang negara kita dahulu seperti Tokku Paloh, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman merupakan tokoh ulama di waktu ketika mereka hidup.

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

"Sesungguhnya ulama' adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak."

Riwayat Abu Daud (3641), daripada Abi al-Darda' RA

Ilmu Benteng Diri yang dibawa di Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq menggunakan kekuatan tenaga dalaman (aura). Setiap manusia mempunyai auranya yang tersendiri. Aura itu pula berbeza-beza kekuatannya, sesuai dengan amalannya dan keyakinan diri mereka. Suami balik ke rumah, pastinya dapat merasakan aura isterinya, adakah sedang berbahagia atau baru sahaja selepas memarahi anak.

Setiap kelompok masyarakat di dunia ini mempunyai kaedah mereka yang tersendiri tentang cara menggunakan aura. Jika disebut Qigong, Taichi, Yoga, Meditasi, umum mengerti itu merupakan antara senaman yang membentuk aura mereka. Dengan kekuatan aura mereka itu, mereka boleh melakukan pelbagai perkara yang mencarik adat. Besi boleh dilenturkan, berjalan di atas kaca, melompat dengan ketinggian yang luar biasa. Mungkin kita katakan bahawa mereka menggunakan jin & khadam untuk mendapatkan kekuatan itu.

Bagi umat Islam pula, kita tahu, pasti dan yakin bahawa kita tidak boleh melakukan perkara-perkara yang terkait dengan kesyirikan, seperti menggunakan jin & khadam. Namun, apakah caranya untuk menentang mereka yang telah berlaku syirik? Adakah cukup sekadar mengangkat tangan & berdoa? Jika dikatakan cukup, mengapa Rasulullah SAW turut sama berperang dengan bala tentera baginda?


Belajar Ilmu Benteng Diri

Anda berminat untuk mempelajari ilmu benteng diri di Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq?

اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْۗ

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."

Surah Ar-Ra'd Ayat 11

Program Benteng Diri

RM200 /bulan

Program bulanan untuk pembelajaran dan amalan bersama

Apa Yang Terkandung dalam Program?

Sesi pembelajaran mingguan
Bimbingan individu daripada pakar
Bahan pembelajaran lengkap
Amalan-amalan harian
Sokongan berterusan
Sijil penamat
Daftar Program Sekarang

Ingin Mengetahui Lebih Lanjut?

Hubungi kami untuk rundingan percuma dengan para pakar perubatan Islam kami.

Hubungi Kami Sekarang
Scroll to Top