SEJARAH PENUBUHAN PUSAT RAWATAN ISLAM Al-ISYRAQ
Ustaz Abdul Mutalib bin Abu Saman merupakan penuang kepada penubuhan Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq. Dilahirkan pada 25 Nov 1967 di Sik Kedah, mendapat pendidikan agama peringkat awal di pondok. Dalam rawatan Alternatif beliau pernah belajar dengan Ustaz Nazri Hussain, Ustaz Harun Din serta berguru dengan berpuluh guru dari Malaysia.
Kepakaran beliau dalam Ilmu Tenaga Dalam (Aura) terbukti dengan beribu pesakit Mistik/ganjil pulih di tangannya dengan izin Allah SWT. Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun di dalam bidang rawatan islam untuk segala jenis penyakit yang melibatkan gangguan jin khususnya penyakit-penyakit sihir, gangguan jin atau makhluk halus, rawatan keluarkan santau, membuang saka, barah, berbekam, urutan tradisional dan lain-lain. InsyaAllah.
Ustaz Mohd Asyraf merupakan anak didik Ustaz Abdul Mutalib yang telah ditauliahkan sebagai perawat. Beliau berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam mengendalikan kes-kes mistik seperti kerasukan, gangguan, sihir dan santau.
Belajar Ilmu Benteng Diri
Anda berminat untuk mempelajari ilmu benteng diri di Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq?
اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْۗ
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
(Surah Ar-Rad Ayat 11)
Kesembuhan anda, Impian Kami.
Isteri sakit tetapi tidak percaya? Suami ada tanda-tanda gangguan tapi sibuk bekerja? Nak booking slot rawatan kena tunggu berminggu-minggu. Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi.
Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq menawarkan segala jenis perkhidmatan rawatan gangguan jin, sihir, saka dan santau.