Apakah tanda-tanda sihir, saka atau santau

Jika seseorang itu telah terkena gangguan, pasti ada tanda-tanda sihir, saka atau santau pada diri mereka.

Sihir

  1. Hilang ingatan (Gila).
  2. Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  3. Lesu dan malas serta Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  4. Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  5. Selalu mengantuk, mudah marah dan panas baran.
  6. Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut.

Saka

  1. Mempunyai kelebihan didalam bidang rawatan (urutan/bidan/rawatan) tanpa mempelajari tentang bidang tersebut.
  2. Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan.
  3. Bole menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Santau

  1. Sakit-sakit sendi badan.
  2. Kerap bergaduh dengan pasangan/keluarga.
  3. Terasa diri seperti dipulaukan oleh orang sekeliling.
  4. Perniagaan tidak mendapat sambutan.
  5. Kerja yang dilakukan seolah-olah tidak berkualiti.
  6. Susah tidur malam.
  7. Nafas terasa sempit.

80% pesakit kami merupakan mangsa santau dalam keadaan mereka tidak sedar.

99% mereka dapat merasakan perubahan selepas membuat rawatan dengan Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq.

Apakah beza Sihir, Saka & Santau

Santau merupakan istilah bangsa melayu sebagai sihir yang dihantar daripada seseorang melalui perantaraan jin dan bomoh serta dukun. Berbeza dengan sihir atau gangguan biasa, santau boleh memudaratkan pesakit sehingga menyebabkan penyakit fizikal seperti kanser, gastrik, gelisah, kemurungan dan sebagainya.

Saka pula merupakan khadam jin yang telah diturunkan daripada nenek moyang kita terdahulu. Kebanyakan saka pula tidak menzalimi tuannya, melainkan jika perjanjian terdahulu tidak diikuti oleh tuan barunya. Namun ini merupakan perkara khurafat yang perlu ditegah dan bercanggah dengan Islam.

tanda-tanda sihir, saka, santau

Kebanyakkan pesakit santau yang pernah mendapatkan rawatan di pusat perubatan islam lain dan menghabiskan wang berpuluh ribu tidak pulih kerana bukan semua perawat boleh melawan kekuatan Jin Santau.

Selain kekuatan dan kelicikannya, Jin Santau juga mempunyai bala tenteranya yang tersendiri daripada golongan jin. Bala tentera Jin Santau ini lah yang akan biasanya membuat kerja bagi pihak Jin Santau. Apabila di'scan' oleh perawat biasa, akan kelihatan seperti sihir jin biasa.

Kerana itulah pesakit tidak sembuh-sembuh.

Untitled design4

Jika tiada pelanggan yang meminta perkhidmatan, Bomoh Santau masih perlu melepaskan Jin Santau setiap 6 bulan bagi memastikan Jin Santau mendapat makanan yang secukupnya. Kerana itulah masih ramai yang terkena santau walaupun tiada musuh.

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِۗ وَمَنْ يَّتَّبِعْ خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ فَاِنَّهٗ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاۤءِ وَالْمُنْكَرِۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهٗ مَا زَكٰى مِنْكُمْ مِّنْ اَحَدٍ اَبَدًاۙ وَّلٰكِنَّ اللّٰهَ يُزَكِّيْ مَنْ يَّشَاۤءُۗ وَاللّٰهُ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ

21. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan karena karunia Allah dan rahmat-Nya kepadamu, niscaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

(Surah An-Nur: Ayat 21)

Belajar Ilmu Benteng Diri

Anda berminat untuk mempelajari ilmu benteng di Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq?

اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْۗ

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."

(Surah Ar-Rad Ayat 11)

Kesembuhan anda, Impian Kami.

Isteri sakit tetapi tidak percaya? Suami ada tanda-tanda gangguan tapi sibuk bekerja? Nak booking slot rawatan kena tunggu berminggu-minggu. Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi.

Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq menawarkan segala jenis perkhidmatan rawatan gangguan jin, sihir, saka dan santau.

Scroll to Top