Gangguan Jin

- Sakit di belakang tengkuk.
- Sakit di bahu.
- Rasa seolah-olah memikul beban yang berat.
- Rasa seolah-olah sentiasa diperhatikan.
- Kerap gelisah.
- Tidak selesa apabila berada di pusat rawatan.
- Tidak selesa apabila mendengarkan azan atau bacaan ayat suci al-quran.
Ini merupakan kategori gangguan yang paling 'ringan'. Yang paling kerap mengalaminya adalah mereka yang disukai oleh jin. Jin juga mempunyai perasaan seperti manusia, seperti suka, sayang, cinta, kasih, marah, benci dan sebagainya.
Contohnya jika jin itu telah terpaut hatinya pada seseorang, maka tidak mustahil jin itu akan datang dan memeluk orang itu. Bayangkan anda memikul beban yang berat setiap hari, pasti tengkuk dan bahu anda akan berasa sakit.
Jika tidak diubati, sakit badannya tidak hilang, selagi jin itu masih ada.
Kerasukan

- Mudah terjaga pada waktu malam.
- Sentiasa dalam keadaan ketakutan.
- Ketawa, menangis dan menjerit ketika tidur.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Mimpi berada di tempat yang sunyi.
- Mimpi berada di tempat yang kotor.
- Berubah personalitinya ketika mendengar azan atau dibacakan ruqyah (terutamanya pada waktu Asar ke Maghrib).
- Kerap marah & gelisah.
- Malas.
- Pandangannya berubah menjadi tajam.
- Senyumnya sinis.
- Cakapnya seolah-olah mengajuk.
Kerasukan berlaku apabila jin mengambil alih tubuh badan manusia. Kebiasaanya berlaku kepada mereka yang lemah semangat atau suka menonton cerita-cerita hantu.
Ini merupakan jenis gangguan yang paling mudah dikenal pasti kerana perubahannya yang drastik. Seseorang yang lemah lembut tiba-tiba bertukar watak dan mempunyai kekuatan yang luar biasa pastinya menimbulkan tanda tanya.
Jika tidak diubati, boleh membawa kepada kesan psikologi yang lebih buruk seperti anxiety, depressi.
Jenis-jenis kerasukan
Kerasukan 100% / Histeria
Kerasukan 100% berlaku apabila jin mengambil alih tubuh badan seseorang itu secara total. Orang itu akan bertindak secara luar biasa. Boleh menjerit dan mengilai seperti pontianak, boleh berlawan dengan 4 -6 orang dewasa dengan kekuatan badang. Kebiasaanya pesakit tidak mempunyai sebarang memori tentang apa yang dilakukannya. Setelah jin itu keluar daripada badannya, pesakit seolah-olah baru terjaga, dan akan merasa hairan dan pelik dengan situasi yang berlaku.
Kerasukan 50%
Ada masanya ok, ada masanya tidak. Itu adalah perumpamaan yang paling tepat bagi mengambarkan situasi ini. Pesakit dalam keadaan separa sedar, di mana dia masih lagi waras, tetapi tidak dapat mengawal dirinya daripada bertindak. Seolah-olah tangannya bergerak sendiri. Hatinya berkata jangan, namun perbuatannya tidak boleh dikawal.

Simptom yang dialami berbeza dengan apa yang disebut disini?
Anda mungkin mengalami masalah yang lebih serius. Mungkin anda telah disihir tanpa anda ketahui. Baca lebih lanjut tentang tanda-tanda sihir, saka, dan santau.