Ilmu Perubatan Islam
Ilmu Perubatan Islam adalah keperluan asas bagi semua manusia bagi melindungi diri daripada gangguan jin serta perasaan hasad, dengki & khianat makhluk lain. Bagi seorang suami, isteri dan anak-anaknya adalah tanggungjawab dirinya. Sang suami perlu ada ilmu tentang perubatan kerana dia perlulah menjaga amanah Allah (isteri dan anak-anaknya). Bagi seorang majikan, dia perlu menjaga perniagaannya agar dapat memajukan ekonomi umat Islam.
Walaubagaimana pun, segala ilmu yang dituntut, terutamanya yang melibatkan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh panca indera manusia normal, perlulah berlandaskan Al-Quran & Sunnah, tidak melibatkan sebarang mantera atau jampi serapah dalam bahasa yang tidak diketahui. Ilmu Rawatan Islam perlu dituntut oleh guru mursyid yang telah mendapat tauliah daripada gurunya.
"Sesungguhnya ilmu berada di dada-dada guru, kemudian dipindahkan ilmu tersebut ke dalam kitab. Kunci bagi ilmu tersebut tetap berada di tangan guru."
-Imam Al-Syatibi
Mereka yang tidak mempelajari tentang ilmu tersebut, tidak boleh dipanggil sebagai ahli di dalam bidang itu. Contohnya jika mahu menjadi seorang doktor, haruslah menjalani kelas & praktikal yang sesuai, kemudian menghadapi peperiksaan sebelum ditauliahkan sebagai doktor. Sama juga di dalam bidang perubatan islam.
Bagaimana pula jika perawat itu memang dilahirkan dengan bakat & kebolehan seperti melihat alam jin?
Tiada yang mustahil di sisi Allah. Jika Allah berkehendak, tiada satu pun yang dapat menghalangnya. Namun, sebagai manusia biasa, kita haruslah mencari jalan yang sesuai dengan diri kita dan seiring dengan syariah Islam.
Ilmu Perubatan Islam Ilmu yang diamalkan oleh perawat-perawat di Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq adalah bersumberkan daripada Al-Quran & Sunnah, serta petua yang diperolehi daripada guru-guru yang mashyur didalam bidang ini, seperti Almarhum Tuan Guru Haji Harun Din (Pengasas Darussyifa) & Ustaz Abdul Mutalib (Penaung Al-Isyraq).
Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kaedah Ruqyah
اِنَّ هٰذَا الْقُرْاٰنَ يَهْدِيْ لِلَّتِيْ هِيَ اَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِيْنَ الَّذِيْنَ يَعْمَلُوْنَ الصّٰلِحٰتِ اَنَّ لَهُمْ اَجْرًا كَبِيْرًاۙ
Artinya: "Sungguh, Al-Qur'an ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi kabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan, bahwa mereka akan mendapat pahala yang besar,"
Surah Al Isra ayat 9
Ayat-ayat yang digunakan terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran seperti:-
- SURAH AL-FATIHAH
- SURAH AL-IKHLAS
- SURAH AL-FALAQ
- SURAH AN-NAS
- SURAH AL-HASHR
- BISMILLAH TUJUH
- SELAWAT TAFRIJIYYAH
- SELAWAT SYIFA
Kaedah Lain
- Bacaan Yasin
- Solat Hajat
- Air Limau
- Air Kelapa
- Muntah (Cuci Dalaman)
- Ilmu Benteng Diri berdasarkan rahsia-rahsia kekuatan insan sebagaimana difirmankan di dalam Al-Quran Surah Al-Hijr Ayat 29.
فَاِذَا سَوَّيْتُهٗ وَنَفَخْتُ فِيْهِ مِنْ رُّوْحِيْ فَقَعُوْا لَهٗ سٰجِدِيْنَ
Maka apabila Aku telah menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.”
Rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq tidak melibatkan penggunaan sebarang jenis khadam atau pengantaraan.
Perawat-perawat kami telah dilatih supaya tidak melibatkan sebarang sentuhan terhadap pesakit melainkan jika dalam keadaan kerasukan yang keterlaluan.
Belajar Ilmu Benteng Diri
Anda berminat untuk mempelajari ilmu benteng diri di Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq?
اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْۗ
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
(Surah Ar-Rad Ayat 11)
Kesembuhan anda, Impian Kami.
Isteri sakit tetapi tidak percaya? Suami ada tanda-tanda gangguan tapi sibuk bekerja? Nak booking slot rawatan kena tunggu berminggu-minggu. Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi.
Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq menawarkan segala jenis perkhidmatan rawatan gangguan jin, sihir, saka dan santau.