Ilmu Benteng Diri

Ilmu Benteng Diri merupakan ilmu yang perlu dipelajari bagi mempersiapkan diri daripada menghadapi segala ancaman kezaliman, samada yang nyata ataupun yang ghaib. Adapun begitu banyaknya cerita tentang kehebatan pejuang-pejuang tanah air ketika menentang ancaman British, namun kesemuanya kini telah dilupakan dan dianggap dongeng oleh masyrakat melayu kita.

Adakah ilmu-ilmu sebegini cuma sekadar rekaan dan cerita nenek moyang kita dahulu? Benarkah ilmu-ilmu sebegini telah terkeluar daripada landasan agama & akidah?

Jangan kita lupa, tokoh-tokoh pejuang negara kita dahulu seperti Tokku Paloh, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman merupakan tokoh ulama di waktu ketika mereka hidup.

Daripada Abi al-Darda’ RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

 

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak”. [Riwayat Abu Daud (3641)]

ilmu benteng

Ilmu Benteng Diri yang dibawa di Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq menggunakan kekuatan tenaga dalaman (aura). Setiap manusia mempunyai aura-nya yang tersendiri. Aura itu pula berbeza-beza kekuatannya, sesuai dengan amalannya dan keyakinan diri mereka. Suami balik ke rumah, pastinya dapat merasakan aura isterinya, adakah sedang berbahagia atau baru sahaja selepas memarahi anak.

Setiap kelompok masyrakat di dunia ini mempunyai kaedah mereka yang tersendiri tentang kaedah menggunakan aura. Jika disebut Qigong, Taichi, Yoga, Meditasi, umum mengerti itu merupakan antara senaman yang membentuk aura mereka. Dengan kekuatan aura mereka itu, mereka boleh melakukan pelbagai perkara yang mencarik adat. Besi boleh dilenturkan, berjalan di atas kaca, melompat dengan ketinggian yang luar biasa. Mungkin kita katakan bahawa mereka menggunakan jin & khadam untuk mendapatkan kekuatan itu.

Bagi umat Islam pula, kita tahu, pasti dan yakin bahawa kita tidak boleh melakukan perkara-perkara yang terkait dengan kesyirikan, seperti menggunakan jin & khadam. Namun, apakah caranya untuk menentang mereka yang telah berlaku syirik? Adakah cukup sekadar mengangkat tangan & berdoa? Jika dikatakan cukup, mengapa Rasulullah SAW turut sama berperang dengan bala tentera baginda?

Ilmu Perubatan Islam Ilmu yang diamalkan oleh perawat-perawat di Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq adalah bersumberkan daripada Al-Quran & Sunnah, serta petua yang diperolehi daripada guru-guru yang mashyur didalam bidang ini, seperti Almarhum Tuan Guru Haji Harun Din (Pengasas Darussyifa) & Ustaz Abdul Mutalib (Penaung Al-Isyraq).

Belajar Ilmu Benteng Diri

Anda berminat untuk mempelajari ilmu benteng diri di Pusat Rawatan Islam Al-Isyraq?

اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْۗ

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."

(Surah Ar-Rad Ayat 11)

Scroll to Top